Followers

Thursday, March 1, 2018

Apa yang Al-Quran katakan tentang AL-QURAN?


Saya ingin memulakan entri pertama saya untuk #LRTQ2018 tahun ini dengan berkongsi
ayat Al-Quran yang membicarakan tentang Al-Quran itu sendiri 😊.

Terdapat banyak ayat-ayat tentang subjek ini, jadi saya hanya akan memilih 10 ayat. Semua penekanan yang kongsikan ini adalah untuk membantu para pembaca fokus terhadap mesej tertentu.

1. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa – Al-Quran 2:2

2.    Dan Kami tidak menurunkan Kitab (Al-Quran) ini kepadamu (Muhammad), melainkan agar engkau menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman – Al-Quran 16:64

3.  Padahal Al-Quran itu tidak lain, adalah peringatan bagi seluruh alam – Al-Quran 68:52

4.    Dan engkau tidak meminta sebarang balasan kepada mereka (terhadap seruanmu ini), kerana (seruan) itu adalah pengajaran bagi seluruh alam– Al-Quran 12:104

5.  Sesungguhnya, Kami mudahkan Al-Quran itu dengan bahasamu agar mereka mendapat pengajaran – Al-Quran 44:58

6.  Tidakkah mereka hayati Al-Quran, atau apakah hati mereka sudah terkunci? – Al-Quran 47:24

7.    Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah – Al-Quran 20:2

8.    Dan orang-orang yang kafir berkata, “Janganlah kamu mendengar (bacaan) Al-Quran ini dan buatlah pertelingkahan terhadapnya agar kamu dapat mengalahkan (mereka).” – Al-Quran 41:26

9.    Alif, Laam, Raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) jalan Tuhan Yang Maha Perkasa, lagi Maha Terpuji – Al-Quran 14:1

10. Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pengarajan – Al-Quran 38:29

Jika anda berminat dan tertarik dengan tema ini, sila kongsikan lebih banyak ayat Al-Quran dengan tema yang sama.

Anda juga boleh google "Apa kata Al-Quran tentang Al-Quran?" untuk mengetahui lebih lanjut 😊

Peace, anas



Ini merupakan link kepada e-book kami; Share The Quran e-book, Koleksi Ayat-ayat Al-Quran Terpilih Dalam 5 Bahasa. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kempen "Let's Read The Quran", sila klik link di bawah:


No comments: